📌Makluman kepada para pelajar ting 5:
1) Selamat kembali ke sekolah mulai 24/6/2020 @Rabu.
2) Jangan datang terlalu awal ke sekolah. Pemeriksaan suhu akan dimulakan pada jam 7.10 pagi. Catat bacaan suhu dalam buku e kehadiran di ruangan yang biasanya d tanda✅.
3) Selepas pemeriksaan suhu, murid terus bergerak ke kelas masing2 mengikut plan yang telah ditetapkan.
4)Anda digalakkan untuk memakai pelitup mulut dan hidung sepanjang berada disekolah.
5)Sila pastikan anda bawa pen sendiri untuk mencatat bacaan suhu.
6) Motorsikal pelajar akan diletakkan di parkir berdekatan pondok pengawal.
7) Bacaan suhu juga akan dilakukan di situ.
8)Koperasi sekolah tidak akan beroperasi.
9)Sila bawa bekalan air minuman kerana 'vending machine' juga tidak akan berfungsi.
10) Pelajar digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah( isikan dalam bekas makanan bertutup contohnya tupperware)TETAPI bukan makanan yang dibeli di gerai tepi jalan.
11) Kantin akan dibuka semasa hari persekolahan.Makanan dan minuman yang dibeli di kantin akan dimakan dan diminum di dalam kelas.
12) Anda digalakkan untuk membawa sudu dan garfu sendiri ( bagi mengelakkan kesesakan di bilik air untuk membasuh tangan)
13) Jaga penjarakan sosial.
14) Jangan datang ke sekolah jika anda bergejala seperti demam, batuk dan selesema. Sila maklumkan guru kelas jika anda tidak sihat dan bawa surat dari hospital atau klinik keesokan harinya.
15)Sesi persekolahan bermula jam 7.40pagi - 2.30 tengahari.
16) Murid akan solat Zohor dirumah.
17) Selepas selesai PdPc , murid terus bergerak ke pakir motosikal dan terus pulang kerumah. Tidak dibenarkan menunggu kawan di pakir.
18) Pergerakan pelajar di sekolah akan senantiasa dipantau.
19) Sila patuhi S.O.P yang telah ditetapkan.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH✏️✏️
No comments:
Post a Comment