Marquee

Selamat Datang Ke Blog SMK Mata Ayer, 02500 Mata Ayer Perlis. Telefon: 049382207 Faks: 049470026

31 December, 2020

PROGRAM JOM LULUS

 Program Jom Lulus SPM 2020 untuk Fasa ke-6 dilaksanakan di Dewan Kg. Ngulang untuk semua pelajar SPM, SMK. Mata Ayer bermula 29/12/2020 hingga 14/1/2021.





14 December, 2020

PERTUKARAN DAN PENDAFTARAN GURU BARU

 Pada 14 DISEMBER 2020:- Dua orang guru SMK. Mata Ayer iaitu Cg. Saiful Munir bin Bidin telah bertukar ke Smk. Dato’ Jaafar Hassan dan Kaunselor Cg. Ain Zafirah bt Abu Bakar bertukar ke Smk. Syed Sirajuddin.

Smk Mata Ayer telah menerima 3 orang guru baru iaitu cg. Fadzli bin Ahmad guru PSV,  cg. Amirah binti Che Mee (Kaunselor) dan seorang guru Bahasa Inggeris iaitu cg. Mohd Syafiq bin Abd Aziz.




Selamat bertugas di tempat baru kepada semua yang terlibat dalam pertukaran ini.

PENGHANTARAN BUKU TEKS 2020

 Mohon semua pelajar SMK. Mata Ayer untuk menghantar Buku Teks 2020 di Bilik Buku Teks:- Bermula Jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi,

BUKU TEKS mesti DIIKAT dan TULIS NAMA PELAJAR DAN KELAS

TARIKH:-

15/12/2020 - ting 4

16/12/2020 - ting 3

17/12/2020 - ting 2

18/12/2020 - ting 1

01 October, 2020

Bengkel Bahasa Melayu SPM

 


Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM Oleh Cg. Mohd Hairi Kalid dan Cg. Nor Sham Morad pada 1 Oktober 2020, di Pusat Sumber Iqra

30 September, 2020

Bengkel RC-JET

 Bengkel Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh (RC- Jet) telah diadakan di Kampus Alam, Universiti Malaysia Perlis pada hari Selasa & Rabu 29-30 SEPTEMBER 2020. 2 orang pelajar Tingkatan 3 terlibat dan seorang guru Penasihat RC Jet iaitu Mohd Khairul Munir bin Mat Said dan Cg. Syafawati







24 September, 2020

Lawatan Pengarah Pendidikan Perlis

 Pengarah Pendidikan Perlis, En. Naharudeen bin Othman mengadakan lawatan ke SMK. Mata Ayer. Pada hari Khamis, 24 September 2020 bermula dari Jam 10.30 pagi hingga 11.45 pagi. Sempena lawatan tersebut, Tn. Pengetua, En. Zahri Abas telah memberi taklimat berkaitan perkembangan sekolah. Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Pengarah yang dapat meluangkan masa bersama warga sekolah.
















04 September, 2020

Kursus HRMIS 2.0, Job Description

 Smk. Mata Ayer telah mengadakan kursus dalaman HRMIS 2.0 berkaitan Job Description pada 2/9/2020 jam 2.00 petang di makmal sekolah yang melibatkan semua guru dan staf AKP. Slot ceramah diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Perlis yang terdiri daripada Pn Siti Aminah Husin, En. Yazam Mohd Said, En. Zaidi Abidin dan Shahzilan Ismail. 




18 August, 2020

Suntikan HPV

 Suntikan HPV Dos ke-2 kepada pelajar perempuan Tingkatan 1, bertempat di Bilik Kesihatan sekolah.


15 July, 2020

Hari Persekolahan Selepas PKP Covid19

Selamat datang kepada semua pelajar Tingkatan 1-5 ke sekolah hari ini, dengan disambut oleh guru-guru dengan pendaftaran suhu badan dan mencuci tangan pelajar. Semua pelajar mendaftar kehadiran di dewan sekolah, seterusnya ke kelas masing-masing, pada hari ini pelajar akan pulang pada jam 14.00 petang. Kehadiran pelajar ke sekolah hari ini 15 Julai 2020 ialah 92.6%




13 July, 2020

Persediaan Norma Baru

Gotong royong guru-guru membuat penandaan Norma Baru Persekolahan, sebelum menerima kemasukan pelajar Tingkatan 1 - 4.


10 July, 2020

SOP DI KANTIN SEKOLAH

Pelajar-pelajar SMK. Mata Ayer, beratur mengikut SOP yang ditetapkan semasa membeli makanan di kantin sekolah. Pihak pengurusan kantin telah membungkus makanan pelajar dan minuman kepada semua pelajar. Pelajar akan membawa makanan tersebut untuk dimakan dalam kelas masing-masing dengan pemantauan guru bertugas. Sejak bermulanya persekolahan Tingkatan 5 pada 24 Jun 2020. Pihak sekolah telah menguruskan memberi makanan secara percuma berselang hari kepada pelajar hingga 14 Julai 2020. Sumbangan daripada YB Siti Bereni selama 5 hari dan daripada guru-guru dan En. Sirajuddin selama 6 hari. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan kenduri kepada pelajar.

Mulai 15 Julai 2020, pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 akan memulakan hari persekolahan dengan SOP yang sama. Jadual waktu rehat untuk membeli makanan di kantin, akan dibuat untuk dua sesi, iaitu bermula jam 1020-1050 pagi untuk pelajar Tingkatan 1-3, dan pelajar Tingkatan 4 dan 5 akan keluar rehat pada jam 1100-1130 pagi.

09 July, 2020

SOP KEHADIRAN PELAJAR & GURU

SMK. Mata Ayer pada setiap hari persekolahan bermula jam 07.00 pagi hingga 07.30 pagi mengambil bacaan suhu dan mencuci tangan pelajar, guru, staf akp dan staf swasta di Pintu Masuk Utama dan menulis kehadiran semua pada setiap pagi mengikut SOP yang ditetapkan oleh KPM. Oleh itu, kepada pelajar Tingkatan 1- 4 yang akan mula masuk sekolah pada Rabu, 15 Julai 2020 juga akan mengikuti SOP yang sama dengan pelajar Tingkatan 5.


  

08 July, 2020

Gotong Royong Kelas Tingkatan 1 - 4

Guru-guru dan Staff SMK. Mata Ayer telah mengadakan gotong royong membersih kelas Tingkatan 1 - 4, sebagai persediaan menerima pelajar pada 15 Julai 2020. Kesungguhan semua warga sekolah dalam menerima kedatangan semula pelajar selepas cuti PKP sejak bulan Mac telah menyebabkan keadaan kelas yang perlu dibersihkan dahulu, demi keselamatan pelajar.



07 July, 2020

Taklimat Pembukaan Sekolah

Taklimat pembukaan sekolah untuk pelajar tingkatan 1 hingga 4, disampaikan oleh Tn. Pengetua pada 6/7/2020, jam 0900 pagi, berkaitan persediaan kelas pembelajaran dan penjarakan sosial pelajar.

30 June, 2020

Taklimat Pengambilan Lembaran Kerja

Ibu bapa kepada pelajar Tingktan 1 hingga Tingkatan 4 diminta datang mengambil fail lembaran kerja pelajar di atas rak dekat Pondok Pengawal pada setiap hari Jumaat mulai 3 Julai 2020,masa 09.30 pagi hingga 2.00 Petang, dan menghantar kembali pada hari Jumaat minggu yang berikutnya.





25 June, 2020

SOP PKPP, Kehadiran Sekolah

Guru-guru bertugas dan Pengawal Keselamatan yang bermula 0645 pagi telah mula mengambil bacaan suhu kepada semua warga sekolah yang hadir, bagi mengukur status kesihatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh JPN.




24 June, 2020

Hari Pertama Persekolahan Selepas PKP Covid19

Sesi persekolahan bermula selepas cuti PKP Covid19 pada 24 Jun 2020. Suasana pagi yang mendamaikan kehadiran pelajar disambut oleh 3 orang pegawai JPNPs dan guru sambil menyukat suhu badan pelajar. Sesi persekolahan bermula jam 0740 - 14.30 dengan peratus kehadiran pelajar ialah 100%.

Lawatan YB Siti Berenee

YB Siti Berenee telah datang memberi sumbangan Satu Termometer, penutup muka dan pencuci tangan, sempena pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada YB, kerana sudi datang menghulurkan bantuan dan seterusnya melihat proses PDPC pelajar.

23 June, 2020

Persiapan Terakhir SOP PKPP

📌Makluman kepada para pelajar ting 5:
1) Selamat kembali ke sekolah mulai 24/6/2020 @Rabu.
2) Jangan datang terlalu awal ke sekolah.  Pemeriksaan suhu akan dimulakan pada jam 7.10 pagi. Catat bacaan suhu dalam buku e kehadiran di ruangan yang biasanya d tanda✅.
3) Selepas pemeriksaan suhu, murid terus bergerak ke kelas masing2 mengikut plan yang telah ditetapkan.
4)Anda digalakkan untuk memakai pelitup mulut dan hidung sepanjang berada disekolah.
5)Sila pastikan anda bawa pen sendiri untuk mencatat bacaan suhu.
6) Motorsikal pelajar akan diletakkan di parkir berdekatan pondok pengawal.
7) Bacaan suhu juga akan dilakukan di situ.
8)Koperasi sekolah tidak akan beroperasi.
9)Sila bawa bekalan air minuman kerana 'vending machine' juga tidak akan berfungsi.
10) Pelajar digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah( isikan dalam bekas makanan bertutup contohnya tupperware)TETAPI bukan makanan yang dibeli di gerai tepi jalan.
11) Kantin akan dibuka semasa hari persekolahan.Makanan dan minuman yang dibeli di kantin akan dimakan dan diminum di dalam kelas.
12) Anda digalakkan untuk membawa sudu dan garfu sendiri ( bagi mengelakkan kesesakan di bilik air untuk membasuh tangan)
13) Jaga penjarakan sosial.
14) Jangan datang ke sekolah jika anda bergejala seperti demam,  batuk dan selesema. Sila maklumkan guru kelas jika anda tidak sihat dan bawa surat dari hospital atau klinik keesokan harinya.
15)Sesi persekolahan bermula jam 7.40pagi - 2.30 tengahari.
16) Murid akan solat Zohor dirumah.
17) Selepas selesai PdPc , murid terus bergerak ke pakir motosikal dan terus pulang kerumah. Tidak dibenarkan menunggu kawan di pakir.
18) Pergerakan pelajar di sekolah akan senantiasa dipantau.
19) Sila patuhi S.O.P yang telah ditetapkan.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH✏️✏️

22 June, 2020

Mesyuarat Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5

Mesyuarat berlangsung pada jam 0930 pagi Isnin 22 Jun 2020 di Pusat Sumber Sekolah. Semua guru yang mengajar tingkatan 5 menghadirkan diri.

Pelan Laluan Semasa SOP PKPP

Smk. Mata Ayer telah menyediakan Pelan pergerakan keluar dan masuk kawasan sekolah sepanjang SOP PKPP yang akan bermula pada 24 Jun 2020. Pelan disediakan oleh En. Rostam Man, Guru Kanan Sains dan Matematik.

19 June, 2020

Persediaan SOP, PKPP

Persediaan SOP, PKPP oleh Ajk di kalangan guru masih melaksanakan tugasan memasang banner dan tanda arah keselamatan untuk pelajar sebelum pembukaan sekolah.
Lawatan Pemantauan oleh Pegawai JPNPs, berkaitan SOP, PKPP Pembukaan Sekolah