Marquee

Selamat Datang Ke Blog SMK Mata Ayer, 02500 Mata Ayer Perlis. Telefon: 049382207 Faks: 049470026

22 February, 2021

PERPINDAHAN PK PENTADBIRAN








Pada 16 FEBRUARI 2021, Penolong Kanan Pentadbiran Smk. Mata Ayer telah bertukar ke SMK. Sanglang, Perlis, semoga dengan pertukaran tersebut akan memberi impak baru dalam pentadbiran 2021. Terima kasih atas khidmat yang diberikan bermula dari 1 APRIL 2019 hingga 16 FEBRUARI 2021. 

11 February, 2021

SANTAI SPM BERSAMA PIBG

 





Santai bersama ibu bapa dan pelajar sebagai pengerak semangat pecutan Terakhir SPM 2020.


29 January, 2021

HARI TERAKHIR SEBAGAI GURU SEKOLAH



Lambaian terakhir hari ini, Dengan penuh kesyahduan, PKP telah membatas aktiviti, Hanya sekadar ucapan kerinduan, Selamat bersara buat Cikgu Basariah Binti Senapi (1990-29 JANUARI 2021) dan Cikgu Syarifah Noor Liza Binti Syed Romli (1990- 29 JANUARI 2021). Semoga liku-liku sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru banyak menjadi kenangan berdua hingga sepanjang hayat.

SELAMAT BERSARA DARI ALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH.
 




01 January, 2021

JEMPUTAN MESYUARAT

 SMK. Mata Ayer akan mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama pada hari Isnin 11 JANUARI 2021 bermula jam 0930 pagi, bertempat di SMK. Mata Ayer, kehadiran Pengetua, Semua PK dan GKMP adalah diwajibkan.

Mesyuarat Guru Pertama sesi 2021 akan dijalankan pada 13 Januari 2021, Jam 0900 pagi dan diikuti dengan Mesyuarat Kurikulum/Hem & Kokurikulum pada 14 & 15 Januari 2021. Tempat di SMK. Mata Ayer, semua guru diminta untuk menghadirkan diri dengan mengikut SOP semasa.