Marquee

Selamat Datang Ke Blog SMK Mata Ayer, 02500 Mata Ayer Perlis. Telefon: 049382207 Faks: 049470026

15 July, 2020

Hari Persekolahan Selepas PKP Covid19

Selamat datang kepada semua pelajar Tingkatan 1-5 ke sekolah hari ini, dengan disambut oleh guru-guru dengan pendaftaran suhu badan dan mencuci tangan pelajar. Semua pelajar mendaftar kehadiran di dewan sekolah, seterusnya ke kelas masing-masing, pada hari ini pelajar akan pulang pada jam 14.00 petang. Kehadiran pelajar ke sekolah hari ini 15 Julai 2020 ialah 92.6%




13 July, 2020

Persediaan Norma Baru

Gotong royong guru-guru membuat penandaan Norma Baru Persekolahan, sebelum menerima kemasukan pelajar Tingkatan 1 - 4.


10 July, 2020

SOP DI KANTIN SEKOLAH

Pelajar-pelajar SMK. Mata Ayer, beratur mengikut SOP yang ditetapkan semasa membeli makanan di kantin sekolah. Pihak pengurusan kantin telah membungkus makanan pelajar dan minuman kepada semua pelajar. Pelajar akan membawa makanan tersebut untuk dimakan dalam kelas masing-masing dengan pemantauan guru bertugas. Sejak bermulanya persekolahan Tingkatan 5 pada 24 Jun 2020. Pihak sekolah telah menguruskan memberi makanan secara percuma berselang hari kepada pelajar hingga 14 Julai 2020. Sumbangan daripada YB Siti Bereni selama 5 hari dan daripada guru-guru dan En. Sirajuddin selama 6 hari. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan kenduri kepada pelajar.

Mulai 15 Julai 2020, pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 akan memulakan hari persekolahan dengan SOP yang sama. Jadual waktu rehat untuk membeli makanan di kantin, akan dibuat untuk dua sesi, iaitu bermula jam 1020-1050 pagi untuk pelajar Tingkatan 1-3, dan pelajar Tingkatan 4 dan 5 akan keluar rehat pada jam 1100-1130 pagi.

09 July, 2020

SOP KEHADIRAN PELAJAR & GURU

SMK. Mata Ayer pada setiap hari persekolahan bermula jam 07.00 pagi hingga 07.30 pagi mengambil bacaan suhu dan mencuci tangan pelajar, guru, staf akp dan staf swasta di Pintu Masuk Utama dan menulis kehadiran semua pada setiap pagi mengikut SOP yang ditetapkan oleh KPM. Oleh itu, kepada pelajar Tingkatan 1- 4 yang akan mula masuk sekolah pada Rabu, 15 Julai 2020 juga akan mengikuti SOP yang sama dengan pelajar Tingkatan 5.


  

08 July, 2020

Gotong Royong Kelas Tingkatan 1 - 4

Guru-guru dan Staff SMK. Mata Ayer telah mengadakan gotong royong membersih kelas Tingkatan 1 - 4, sebagai persediaan menerima pelajar pada 15 Julai 2020. Kesungguhan semua warga sekolah dalam menerima kedatangan semula pelajar selepas cuti PKP sejak bulan Mac telah menyebabkan keadaan kelas yang perlu dibersihkan dahulu, demi keselamatan pelajar.



07 July, 2020

Taklimat Pembukaan Sekolah

Taklimat pembukaan sekolah untuk pelajar tingkatan 1 hingga 4, disampaikan oleh Tn. Pengetua pada 6/7/2020, jam 0900 pagi, berkaitan persediaan kelas pembelajaran dan penjarakan sosial pelajar.