Aktiviti Kokurikulum Sesi 2
Rabu 26/2/2020
2.30 - 4.10 ptg
Badan Beruniform
Penyelaras Kokurikulum SMKMA
- Cg Sirabanun
Penyelaras Badan Beruniform SMKMA
- Ustaz Osman
# Penyelaras, semua Guru dan pelajar berkumpul di Dewan Terbuka jam 3.00
Pelajar rehat dan solat
(2.30 - 3.00)
Harap maklum.
Terima kasih jazakumullahukhair
Marquee
26 February, 2020
22 February, 2020
International Fun Walk
Pelajar dan guru, Smk Mata Ayer telah menyertai International Walk For World, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Kanan Kemanusiaan telah mengiringi pelajar dalam program tersebut.
21 February, 2020
20 February, 2020
Raptai Perbarisan
Raptai penuh perbarisan Hari Kejohanan Olahraga Kali Ke-8, bermula jam 0730-0900 pagi dan selepas rehat bermula sesi PDPC hingga jam 1530 petang.
19 February, 2020
KEJOHANAN OLAHRAGA SESI KE-3
Kejohanan Olahraga kali ke-8, bagi sesi ke-3 berjalan dengan lancarnya pada hari ini, bermula jam 0730 pagi dan berakhir pada jam 1040 pagi. Dan bermula jam sebelas pagi hingga jam 1430 petang adalah waktu PDPC.
18 February, 2020
Kejohanan Olahraga Kali Ke-8
Kejohanan Olahraga sesi kedua hari ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 7.30 pagi hingga 10.40 pagi. Selepas itu semua pelajar masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran hingga jam 3.30 petang.
17 February, 2020
Program Jom ke Sekolah & Kejohanan Olahraga Sesi 1
Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua. Program bermula 6.45 pagi dengan menyambut kedatangan pelajar di Pintu pagar sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Siti Aishah telah menghadirkan diri untuk membaca teks ucapan Ketua Polis Negara. Majlis berakhir dengan perasmian papan info PPS pada jam 08.20 pagi.
Kejohanan Olahraga bagi sesi pertama bermula jam 08.30 pagi hingga 10.40 pagi.
Kejohanan Olahraga bagi sesi pertama bermula jam 08.30 pagi hingga 10.40 pagi.
14 February, 2020
12 February, 2020
Coretan Harian
Peristiwa yang berlaku hari ini, sebagai kenangan yang tidak akan berulang. Walaupun setiap tahun aktiviti dan persiapan untuk hari Kejohanan Olahraga peringkat sekolah dijalankan, tetapi cara pelaksanaan adalah berbeza. Pada hari ini juga pasukan bola jaring telah menyertai kejohanan bola jaring peringkat negeri.Terima kasih kepada semua yang terlibat.
11 February, 2020
10 February, 2020
Suntikan Imunisasi HPV
Lawatan imunisasi HPV pelajar tingkatan 1(perempuan)
Guru terlibat: Guru kesihatan ( Pn. Shafinar bt Saad )
ISNIN 10/2/2020
Aktiviti:
1. Ceramah
2. Pemeriksaan fizikal
3. Suntikan dos 1
Bermula jam 9.00 pg sehingga selesai
Guru terlibat: Guru kesihatan ( Pn. Shafinar bt Saad )
ISNIN 10/2/2020
Aktiviti:
1. Ceramah
2. Pemeriksaan fizikal
3. Suntikan dos 1
Bermula jam 9.00 pg sehingga selesai
Pelancaran Bulan PJPK & Kecergasan
10 Februari: Pelancaran bulan PJPK & Bulan Kecergasan dilancarkan dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik disepanjang bulan ini. Telah dirasmikan oleh PK Kokurikulum, Pn . Intan Noor Azlin binti Ahmad Dahari. Semua aktiviti dirancangkan oleh Setiausaha Sukan Sekolah dengan kerjasama AJK Sukan dan Guru.
07 February, 2020
Taklimat Kejohanan Olahraga
Taklimat Kejohanan Olahraga Kali Ke-8, 2020 telah dilaksanakan oleh PK Kokurikulum di bilik mesyuarat jam 7.25-8.20 pagi.
05 February, 2020
Kursus Literasi Undang-Undang
04 February, 2020
Perpindahan Masuk Guru
4 Februari 2020:- SMK. Mata Ayer telah menerima seorang guru sains dari SMK. Arau untuk mengajar Tingkatan 4 dan Sains Menengah Rendah. Semoga dengan kehadiran Pn. Nurul Amilin Binti Hj. Badruddin akan meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SMK. Mata Ayer.
03 February, 2020
Perpindahan Guru
3 FEBRUARI 2020, Penghargaan dengan ucapan Tahniah kepada Pn. Norazlina bt Sahab yang telah dinaikkan pangkat kepada Guru Kanan Sains dan Matematik ke SMK. Syed Hassan mulai 3/2/2020. Semoga dengan perpindahan ini, akan memberi impak yang berkesan dalam meningkatkan prestasi dan juga kemajuan dalam PDPC kepada pelajar-pelajar di Perlis. Terima kasih cikgu yang selama ini memberi khidmat di SMK. Mata Ayer.
01 February, 2020
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7 & Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2020
1 FEBRUARI 2020:- Mesyuarat Agung PIBG & Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2020 telah dirasmikan oleh Tn. Hj Mohd Nazim Bin Tn. Hj. Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Perlis. Perjalanan majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam12.30. Kehadiran waris seramai 218 orang telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Untuk pengetahuan semua bilangan waris @ ibu bapa pelajar sekolah ini adalah dalam anggaran 285 orang sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)