Marquee

Selamat Datang Ke Blog SMK Mata Ayer, 02500 Mata Ayer Perlis. Telefon: 049382207 Faks: 049470026

31 January, 2020

Mesyuarat Pengurusan Kali Ke-2

Mesyuarat Pengurusan Kali Ke-2: Jumaat , 31 Januari 2020 di Bilik War Room.
Agenda Mesyuarat yang dibincangkan ialah:-
1. eOperasi
2. SKPMG2- Pencerapan
3. PBPPP - Keberhasilan
4. PBD - Templat
5. LADAP
6. Anggaran Belanjawan Setiap Bidang
7. Mesyuarat Agong PIBG
8. Sambutan Hari Jadi Guru & Pelajar
9. Pembelian Rak
10. Ujian Pertama 2020
11. Kejohanan Olahraga
12. TS 25 Kohot
13. Pertandingan Nama Kelas

Taklimat Mesyuarat Agung dan Bantuan Awal Persekolahan

Satu taklimat ringkas berkaitan Mesyuarat Agung PIBG dan Bantuan Awal Persekolahan

30 January, 2020

Kejohanan Merentas Desa MSSPs

SMK. Mata Ayer telah menyertai Kejohanan Merentas Desa, MSSPs pada 30 Januari 2020, jam 8.00 pagi di Stadium UNIMAP. Bersama guru pengiring Pn. Intan Noor Azlin Pk Kokurikulum, pengurus pasukan En. Moh Hairi dan Jurulatih En. Shukri.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7, 2020

SMK. Mata Ayer akan mengadakan mensyuarat agung PIBG kali ke-7 pada 1 Februari 2020 bermula pendaftaran pada jam 8.00 pagi, dan disusuli dengan ceramah bertajuk "ibu bapa cemerlang" oleh Ustaz Azizul bin Mokhtar pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat Agung PIBG akan dirasmikan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd Nazim bin Hj. Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis. Semua ibu bapa dan waris pelajar dijemput hadir. Pada hari tersebut juga pihak sekolah akan menyerahkan Wang Bantual Awal Persekolahan 2020 sebanyak RM100 kepada pelajar-pelajar yang layak menerima.

22 January, 2020

Kejohanan Sukantara

22 JANUARI :- Kejohanan Sukantara Sesi Terakhir pada pagi Rabu jam 7.30-10.30. Selepas itu guru dan pelajar akan masuk kelas untuk mengikut jadual pdpc seperti biasa, hingga jam 4.00 petang.

21 January, 2020

Kejohanan Sukantara Sesi Pertama 2020

21 Januari: Kejohanan sukantara bagi acara 400m, 100m, lontar peluru dan lompat jauh dijalankan pada hari ini.

20 January, 2020

Aktiviti Hari Ini

20/1/2020 -Isnin
Pemeriksaan keselamatan jalan raya oleh guru-guru displin. Salah satu program pemerkasaan disiplin sekolah di bawah unit HEM.


20 JANUARI :- Taklimat Sukantara untuk kelancaran kejohanan yang akan berlangsung pada 21-22 JANUARI 2020. Kejohanan akan bermula jam 7.40 pagi. Masa PDPC akan berakhir pada jam 4.00 petang. Kejohanan terpaksa dilaksanakan pada waktu pagi, kerana cuaca panas.

17 January, 2020

Pelancaran Sekolah Penyayang

17 JANUARI:-  Pelancaran Program Sekolah Penyayang dirasmikan oleh Tn. Pengetua, En. Zahri Bin Abas dan penyerahan Mentee kepada Mentor untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar SPM 2020. Kepada pelajar PT3, Tingkatan 1, 2 & 4. melalui program yang akan dilaksanakan oleh bidang masing-masing


10:40–12.10:- Ceramah Kesihatan Gigi oleh Pegawai-pegawai Kesihatan Gigi dari Klinik Kesihatan Beseri.

15 January, 2020

Latihan Sukan Tara

15 JANUARI;- Latihan Sukan Tara sesi ke-2 dijalankan selepas semua pelajar bersembahyang Asar berjemaah pada jam 5.00 petang hingga 6.30 petang. Semua guru dan pelajar telah melibatkan diri dalam melaksanakan latihan.


14 January, 2020

Ceramah Thalasemia

14 JANUARI:- Ceramah Thalasemia oleh Klinik Kesihatan Kg Gial yang di ketuai oleh Dr. Azfa Amman binti Elias, Pn. Lutfatulhana Hazman dan Pn. Siti Hajar Ahmad diberikan kepada semua pelajar Tingkatan 4 bermula dari 08.00 - 10.00. Diselia oleh Ajk Kesihatan Sekolah.


13 January, 2020

PELANCARAN BULAN DISIPLIN

13 JANUARI:- Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menjayakan Majlis pelancaran bulan disiplin dan pelantikan pengawas sekolah sesi 2020. Program melibatkan penyerahan surat kuasa merotan dan penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolahπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’πŸ’πŸ’ !

10 January, 2020

Kejohanan Merentas Desa

10 Januari : Kejohanan Merentas Desa di Rasmikan oleh Tn. Pengetua. SMK. Mata Ayer


09 January, 2020

Persiapan Terakhir Kejohanan Merentas Desa

9 Januari 2020: Ahli Jawatankuasa Kejohanan Merentas Desa sedang menyediakan peralatan terakhir untuk aktiviti Merentas Desa yang akan berlangsung pada hari Jumaat 10/1/2020 bermula jam 8.00 pagi.


08 January, 2020

Persiapan Padang Untuk ToT

Pada 8 Januari 2020:- Ajk ToT telah memulakan persiapan untuk menyediakan Trek kejohanan oleh guru-guru dan pelajar PJPK. Penglibatan pelajar amat memuaskan, dan pada petang ini latihan merentas desa akan berlangsung seperti biasa, bermula jam 4.00 Petang

07 January, 2020

Latihan Merentas Desa

Taklimat merentas desa dan latihan sesi pertama pada petang Rabu 7 Januari 2020. Bermula jam 4.00 petang.


06 January, 2020

PERTUKARAN GURU

Bermula 2 JANUARI 2020, 3 orang guru telah berpindah tempat bertugas, iaitu Ustaz Shahrulnizam telah menjadi Penolong Pengarah di JPN Perlis, Pn Norihan menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di SMK. DATO’ JAAFAR HASSAN dan Pn. Nazihah ke SMK. Syed Alwi sebagai guru Sejarah Tingkatan 6. Terima kasih atas jasa kalian semasa di SMK. Mata Ayer

MESYUARAT AGONG RUMAH SUKAN

Pada 6 Januari 2020, bermula jam 8.30 pagi, sesi agihan pelajar bagi setiap rumah sukan, kelab dan persatuan serta unit beruniform dilaksanakan bagi kelancaran perjalanan Kokurikulum 2020. Semua guru dan pelajar terlibat.