Marquee

Selamat Datang Ke Blog SMK Mata Ayer, 02500 Mata Ayer Perlis. Telefon: 049382207 Faks: 049470026

29 August, 2019

PERARAKAN MERDEKA KE-62 PERINGKAT NEGERI PERLIS.

Seramai 4 orang guru dan 30 orang pelajar Smk. Mata Ayer, terlibat dengan perbarisan perarakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-62 Peringkat Negeri Perlis. Raptai pertama berlangsung pada malam 27 Ogos 2019 di Stadium Utama Kangar. Acara kemuncak perbarisan akan berlangsung pada malam 31 Ogos 2019 yang bermula selepas maghrib hingga mencapai detik 12 tengah malam 31 OGOS 2019.

23 August, 2019

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Kempen Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-62.
 Dirasmikan oleh Tn. Pengetua, En. Zahri bin Abas


21 August, 2019

UJIAN LISAN BERTUTUR BAHASA MELAYU PT3

 Ujian Lisan Bertutur PT3 bermula 21 OGOS 2019 hingga 23 OGOS 2019. Juga semua pelajar tingkatan 5 terlibat dengan percubaan SPM.

13 August, 2019

English Extra Class

Assalammualaikum..
Attention to all 5 P, 5S and 5M students..

You are cordially invited to the English Extra class as the following details :

Day ; *Wednesday*
Date : *14.8.2019*
Time: *11 -1 pm*
Venue:
 *Pusat Sumber Iqra*
Pn. Sulastri Walad

Feel Free to join the class..as we are discussing certain aspects and topics for  the trial exam.. 😉😉

10 August, 2019

RIBUT MELANDA & ATAP TERJATUH

SMK. Mata Ayer juga terlibat sama dengan kerosakan atap dibeberapa bumbung bangunan sekolah yang turut dilanda ribut yang berlaku pada 9/8/2019 jam 8.30 malam.

09 August, 2019

Sivik Merentas Kurikulum

Nota penting untuk rujukan kita bersama..

💝💝💝💝💝💝
NILAI TERAS ADA 4:
1) kasih sayang
2) hormat menghormati
3) bertanggungjawab
4) kegembiraan

💝💝💝💝💝💝
DILAKSANA DI SEMUA PERINGKAT PERSEKOLAHAN
1) PRASEKOLAH
2) SEKOLAH RENDAH
2) SEKOLAH MENENGAH

DIAJAR DALAM MATA PELAJARAN:
1) BM
2) BI
3) PEND. ISLAM
4) PEND. MORAL
5) SEJARAH

💝💝💝💝💝💝💝
PdPC WAJIB dijalankan selama 1 jam pada minggu ke 4 setiap bulan mulai bulan JUN

jika minggu ke-4 jatuh pada cuti persekolahan, peperiksaan atau program sekolah yg tidak dapat dielakkan sivik BOLEH buat pada minggu lain dalam bulan tersebut.

TIDAK BOLEH dibawa ke minggu pertama bulan seterusnya. Bulan seterusnya perlu mengikut nilai teras lain yang ditetapkan.

Mengajar SIVIK dalam BM/BI dll.
RPH tulis matapelajaran asal BM/BI dll. TAJUK ikut sivik.

💝💝💝💝💝💝💝
Manual kesedaran sivik dan amalan nilai dalam perhimpunan RASMI  mula dijalankan pada minggu pertama bulan Jun. 

Dijalankan pada setiap minggu. 

Boleh disampaikan oleh sesiapa saja. Samada GB, GPK, guru mahupun murid.

- 5 minit untuk menyampaikan nilai teras. 

💝💝💝💝💝💝💝💝💝

pendidikan sivik dijalankan dalam aktiviti kokurikulum setiap minggu mulai minggu pertama bulan Jun.

Penyepaduan melalui aktiviti, merujuk kepada perincian  untuk  kokurikulum. 

Dijalankan selama 

10 minit setiap minggu bagi sekolah rendah 

dan 15 minit bagi sekolah menengah. 


💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝
JUN - Kasih sayang
JULAI - Hormat menghormati
OGOS - bertanggungjawab
SEPT -  kegembiraan.
OKT - kasih sayang
NOV - hormat menghormati

👆wajib dipatuhi kerana selaras seluruh negara.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝
dalam RPH

Objektif mesti ada 3 literasi sivik:
1) pengetahuan
2) sosioemosi
3) tindakan
👆
WAJIB diambil dari perincian.
Kandungan perincian sivik boleh disesuaikan mngikut kreativiti guru selagi tidak bercanggah dgn nilai teras dan tajuk dalam perincian sivik  

💝💝💝💝💝💝💝💝💝

Perkongsian berkaitan Pend Sivik.

08 August, 2019

Ceramah HIV

8 OGOS, semua pelajar Tingkatan 4 akan terlibat dengan ceramah kesedaran HIV pada jam 10 pagi bertempat di Pusat Sumber Al-Iqra.. sehubungan dengan itu, pelajar ting 4 dibenarkan rehat pada jam 9.40 pagi

07 August, 2019

Bengkel Kecemerlangan & ULBS BI

 7/8/19 semua pelajar tingkatan 5 akan menjalani bengkel kertas 1 dan 2 di perpustakaan bermula 7.40 pagi hingga 1.30 tengah hari. Guru yg terlibat 7.40- 10.40 Pn.Norihan dan 10.40-1.30 Pn.Nazihah.
Pelajar berikut terlibat dengan pentaksiran ULBS BI 1119/3 oleh Pentaksir Kawasan.
Tarikh: 7/8/2019 (Rabu)
Masa: 9.00pg
Tempat: War Room
1. Auni Jasmy
2. Nurul Airin Nadia
3. Nur Aida Najwa
4. Mohd Aidil Adam
5. Nur Hazliana
6.  Nasrul Haiqal
7.  Umar Nuhair
8.  Noraidaqifah
9.  Ezzul Fakhrullah
10. Mohd Faris

06 August, 2019

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-62 (1957-2019)

Pn. Nazihah Abd Rais dan Pn. Sulastri Walad bersama semua pelajar Tingkatan 1 Sarjana telah menceriakan beberapa spot di SMKAA bagi mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda bermulanya sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Aktiviti bermula jam 0910 pagi hingga 1040 pagi (5 Ogos 2019).


02 August, 2019

Kelas Malam PT3

Cg. Rostam Man (GK Sains & Matematik) mengadakan kelas sains untuk pelajar PT3 di Bilik Mesyuarat.

Gempur SPM FASA 7

Program Gempur Percubaan SPM bermula ptg ini 2 Ogos 2019 dan 3 Ogos 2019:

📆 2 OGOS 2019

2.30 - 3.00 - pendaftaran pelajar
3.00 - 5.00 - slot PSV
5.00 - 8.00 - pengurusan diri/solat/makan
8.00 - 11.00 - slot Pendidikan Islam

PELAJAR AKAN PULANG SELEPAS SLOT PENDIDIKAN ISLAM

📆 3 OGOS 2019

9.00 pagi - sehingga Zohor
- slot Bahasa Inggeris di Masjid Ngulang
- slot SRT (12 orang pelajar) di SMKMA

PELAJAR AKAN PULANG SELEPAS MAKAN DAN SOLAT ZOHOR

Program Awal Zulhijjah

0725 pagi: Dimulai dengan majlis bacaan Yasin dan Tazkirah oleh Tn. Pkp En. Abdul Nasser Bin Abdullah di Dataran Perhimpunan SMKMA, Pukul 0815 pagi semua pelajar Tingkatan 5 bersama dengan Tn. Pengetua dan Semua pelajar Tingkatan 3 bersama Tn. Pkp untuk program motivasi sebelum percubaan 5-18/8/2019. Pelajar perempuan Tingkatan 1 bersama Cg. Nor Aziela Mahadi dengan pegawai perubatan HTF dalam program Suntikan HPV dos kedua di bilik SAL.
Seorang pelajar 5M, Aiman Yusri bin Rohizan telah terpilih mewakili Perlis ke Kejohanan Bola Sepak MSSM bawah 18 tahun di Kota Bahru, Kelantan pada 3-9 Ogos 2019.